Google

Sunday, January 21, 2007

Malam sentiasa muda

Malam ini terlalu lama rasanya. Setelah kami melihat Juara Lagu yang ke 21 tamat di siaran tv3, kami terus tidur dan masing-masing membuat kerja sendiri.

Aku terus melayari internet dan membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Aku tahu masih banyak perkara yang perlu aku lakukan selepas ini dan aku berharap semua kerja aku dipermudahkan.

Satu perkara lagi, kita perlu bertemu riko. Untuk kali terakhir sebelum aku pulang ke Banting. Aku perlu bertemu dengan kau. Jangan mengelak lagi.

Kami berharap kau bahagia dan selalu gembira. Maafkan aku jika kau merana ketika di sisiku. Dan aku pasti kau gembira ketika disampingku. Aku sangat pasti ketika itu.

PS : Di hatiku hanya ada kamu..

Thursday, January 18, 2007

Prolog


Blog ini akan diupdate untuk buat masa terdekat ini dengan harapan dapat memberi sedikit cahaya untuk blog ini daripada malap. Sepeti mana sifat tuannya sebelum ini. Penulis blog berharap pemilik blog ini akan sedar dan kembali menulis blognya kembali. Harap maklum.

Untuk post-post yang seterusnya, aku akan post dan membuat posting dari hari ini hingga ke hari seterusnya dan akan terus menuis sehingga engkau mengambil alih blog ini dari aku. Teruskan kerja engkau dan lakukan apa yang engkau rasa betul mengikut hati kau.

Pulanglah sebelum engkau tidak dapat kembali..

PS : Selamat Hari Jadi ke 22. Semoga panjang umur dan murah rezeki.