Google

Sunday, January 21, 2007

Malam sentiasa muda

Malam ini terlalu lama rasanya. Setelah kami melihat Juara Lagu yang ke 21 tamat di siaran tv3, kami terus tidur dan masing-masing membuat kerja sendiri.

Aku terus melayari internet dan membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Aku tahu masih banyak perkara yang perlu aku lakukan selepas ini dan aku berharap semua kerja aku dipermudahkan.

Satu perkara lagi, kita perlu bertemu riko. Untuk kali terakhir sebelum aku pulang ke Banting. Aku perlu bertemu dengan kau. Jangan mengelak lagi.

Kami berharap kau bahagia dan selalu gembira. Maafkan aku jika kau merana ketika di sisiku. Dan aku pasti kau gembira ketika disampingku. Aku sangat pasti ketika itu.

PS : Di hatiku hanya ada kamu..

No comments: